Orang Sungai: Jason Will rising from poverty

(Read BM version)

Jason Will has never let poverty define him, which makes him an exceptional role model for others to emulate.

Born in 1986, Jason has always lived a simple life in a far-flung Matanggal village in Paitan district, where Orang Sungai community makes up majority of the population.

Jason’s parents tried their best to provide education for him and for that, he did go to primary school with his brother.

However, getting basic education required Jason and his brother to travel to Kota Marudu district as there was no primary school in Paitan back then. In Kota Marudu, Jason studied at SK Popok but his education was cut short.

After completing Primary Six, his parents had to bring him home as they couldn’t afford to finance his education.

Life as a young child in a village surrounded by oil palm plantations back then was pretty much relaxed and go with the flow.

Due to the lack of exposure to the outside world and technology, their activities were focused on playing with peers, helping their family look after younger siblings, or working.

For Jason, working he did. He would follow his mother to the farm everyday and plant crops. After all, Jason was already 13.

At 15, Jason upgraded his working skill and started working at oil palm estates, jumping from one company to another.

After gaining much needed experience, he travelled to Peninsular Malaysia for the first time to look for better opportunity.

There, he managed to get a job as an operator in an electroic factory in Kuala Lumpur. He remained in the peninsula for several years before deciding to return home in 2007.

In Matanggal, villagers had started venturing into opening their own plot of oil palm plantation. Not wanting to be left behind, Jason too opened a plantation on his land and slowly expanded it to 20-acre which he managed until today.

Since returning home and having been exposed to the world outside his comfort zone, Jason also turned out to be a young community leader, expanding his network to that of non-governmental organisations, politicians, philanthropists, and individuals. 

Today, he is head of the village community management council. During the conditional control movement order, he helped Osimal – a local non-governmental organisation – and Sabah’s mobile court unit to distribute food aid to villagers in need.

He also gave away five-acre of his plantation land to build a health clinic in Matanggal.

***

Jason Will tidak pernah membiarkan kemiskinan menjadi penghalang untuk berjaya dalam kehidupan. Ini menjadikannya sebagai role model untuk dicontohi.

Dilahirkan pada tahun 1986, Jason selalu menjalani kehidupan yang sederhana di pedalaman Kampung Matanggal di daerah Paitan. Majoriti penduduk di situ adalah komuniti Orang Sungai.

Walaupun miskin, ibu bapa Jason berusaha sebaik mungkin untuk memberi pendidikan kepadanya dan untuk itu, dia dihantar untuk belajar di peringkat sekolah rendah bersama dengan abangnya.

Namun, untuk mendapatkan pendidikan asas, Jason dan abangnya perlu pergi ke daerah Kota Marudu kerana ketika itu Paitan tidak mempunyai sekolah rendah. Di Kota Marudu, Jason belajar di SK Popok tetapi pendidikannya tidak lama.

Setelah selesai menjalani pembelajaran tahap Tahun Enam, ibu bapa Jason terpaksa membawanya pulang ke kampung kerana tidak mampu membiayai kos pendidikan.

Kehidupan sebagai seorang kanak-kanak di kampung pedalaman yang dikelilingi ladang kelapa sawit ketika itu hanyalah santai-santai saja.

Disebabkan kurangnya pendedahan dengan dunia luar mahupun teknologi, aktiviti-aktiviti mereka hanyalah tertumpu kepada bermain dengan rakan-rakan sebaya, menolong keluarga menjaga adik-adik kecil, ataupun bekerja.

Bagi Jason, dia memilih untuk bekerja dengan mengikut ibunya ke kebun setiap hari untuk menanam sayur dan buah-buahan. Ketika itu, Jason sudah pun berusia 13 tahun.

Pada usia 15 tahun, Jason meningkatkan kemahiran kerjanya dan mula bekerja di ladang kelapa sawit dengan berpindah dari satu syarikat estet ke syarikat yang lain.

Setelah memperoleh pengalaman, dia berhijrah ke Semenanjung Malaysia pertama kalinya untuk mencari peluang yang lebih baik.

Di sana, dia berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pengendali di sebuah kilang elektronik di Kuala Lumpur. Dia menetap di Semenanjung selama beberapa tahun sebelum memutuskan untuk pulang semula ke kampung pada tahun 2007.

Di Matanggal, penduduk-penduduk kampung sudah mula berkecimpung dalam membuka plot kebun untuk penanaman kelapa sawit mereka sendiri.

Kerana tidak mahu ketinggalan, Jason juga membuka ladang di tanahnya. Dia perlahan-lahan memgembangkan ladang kelapa sawit miliknya kepada seluas 20 ekar dan mengendalikannya sehingga kini.

Sejak pulang ke kampung halaman dan menerima pendedahan dunia luar, Jason dilihat sebagai pemimpin masyarakat muda. Dia membina ramai kenalan di kalangan organisasi bukan kerajaan, ahli-ahli politik, dan individu-individu yang membela kebajikan komuniti setempat.

Hari ini, Jason adalah ketua majlis pengurusan komuniti kampung di kawasannya. Semasa perintah pergerakan kawalan bersyarat, dia membantu Osimal – sebuah organisasi bukan kerajaan – dan unit Mahkamah Bergerak Sabah untuk mengedarkan bantuan makanan kepada penduduk-penduduk kampung di Matanggal.

Dia juga telah menyumbangkan tanah ladangnya seluas lima ekar untuk tujuan pembangunan klinik kesihatan di kampung.

About the author

+ posts