Dusun Ranau: Inggai Suging’s daily routine

(Read BM version)

Inggai Suging is a Dusun from Kampung Paus in the highland district of Ranau. Suging is 55 years old and a housewife, who does farming. She has 12 children and 22 grandchildren.

Suging’s highest education background is Standard Six.

Everyday, she wakes up at 5.30am. Her morning routine usually begins with her making banana and sweet potato fritters for sale. She usually makes extra for breakfast.

Every morning, Suging will go from one house to another to sell her cakes and vegetables after which she will return home to prepare meal for brunch and lunch time. Heavy mealtime for Suging’s family starts between 9am and 12pm.

The meal usually consists of rice, freshwater fish, tapioca, pumpkins, and long beans. Suging’s family plant their own vegetables.

Suging will go to her vegetable farm at 1pm and spends her time there until 4pm. She collects vegetables before returning home. Suging will then do the laundry and cook for dinner. Sometimes, dinner is served with leftover food.

In the evening, Suging will pack vegetables to be sold to other villagers in her kampung the next morning. Depending on how much vegetables she collects, Suging usually has 20 packs at the end of the day.

From her cakes and vegetables selling, Suging makes roughly RM20 a day. For Suging’s family, there is no time for television entertainment as electricity supply in her village is still lacking. Sleeping time for them is at 10pm.

In September 2019, Suging travelled overseas for the first time. She went to India to be trained as solar engineer under the Sabah Women Entrepreneur and Professionals Association’s Barefoot Solar Project. She returned home in February 2020.

Suging aspires to teach other villagers on solar system. She hopes to start teaching soon.

***

Inggai Suging berasal dari suku kaum Dusun. Dia tinggal di Kampung Paus di daerah tanah tinggi Ranau. Suging berusia 55 tahun. Dia adalah seorang surirumah dan pekebun kecil. Dia mempunyai 12 orang anak dan 22 orang cucu.

Tahap pendidikan Suging hanyalah sehingga Darjah Enam.

Setiap hari, Suging bangun pada pukul 5.30 pagi. Dia memulakan rutin pagi dengan membuat kuih pisang dan kuih ubi manis untuk dijual. Biasanya, dia akan membuat kuih lebih untuk makan sarapan.

Setiap pagi, Suging akan pergi dari rumah ke satu rumah untuk menjual kuih-muih dan sayurannya. Selepas selesai, dia akan balik untuk menyediakan makanan tengah hari.

Makan tengah hari biasanya awal antara pukul 9 pagi dan 12 tengah hari. Juadah makanan tengah hari biasanya nasi berlaukkan ikan air tawar, pucuk ubi, labu, dan kacang panjang. Keluarga Suging menanam sayur mereka sendiri.

Suging akan pergi ke kebun sayurnya pada pukul 1 petang sehingga pukul 4 petang. Dia akan mengambil sayur-sayuran balik ke rumah. Rutinnya diteruskan dengan mencuci kain dan menyediakan makanan malam. Kadang-kala, makan malam adalah lebihan makanan dari tengah hari.

Pada waktu malam, Suging akan membungkus sayur-sayuran yang dibawa dari kebun untuk dijual keesokkan harinya. Biasanya, Suging akan mempunyai 20 bungkusan sayuran.

Daripada penjualan kuih dan sayuran, Suging boleh mengumpul sekurang-kurangnya RM20 sehari. Bagi keluarga Suging, mereka tidak ada masa untuk berhibur dan menonton telivision kerana di kampungnya masih belum ada bekalan elektrik. Masa tidur malam biasanya pukul 10 malam.

Pada Semtember 2019, Suging mengembara ke luar negara buat kali pertamanya. Dia mengembara ke India untuk dilatih sebagai jurutera solar di bawah Sabah Women Entrepreneur and Professionals Association’s Barefoot Solar Project. Dia pulang ke kampung halaman pada Februari 2020.

Impian Suging adalah untuk mengajar orang-orang kampungnya mengenai sistem solar. Dia berharap untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di masa terdekat.

About the author

+ posts